Monday, August 08, 2005


Maaf..

Maaf di atas segala
yang berlaku
tak ingin ku ulangi
buat kedua kali
Amarah yang kau pendam
lahir dari perbuatanku
dan aku mengerti
sekiranya kau membenciku
lalu menyisihkan diriku
Jika tiada maaf bagimu
apalah dayaku
kerana yang bersalah adalah aku
seorang insan yang tak punya apa
hanya sekeping hati
yang rasa berdosa
Maafkanlah
kesilapan itu kesilapanku
luahkanlah apa yang kau mahu
akulah penipu
akulah yang bersalah
akulah....
Sebuah kemaafan
hanya itu yang kupinta
darimu...teman....

The ExtraOrdinary Story Ends At 10:16 AM