Thursday, August 28, 2008


Ditangkap KHALWAT?

what the hell yoo?it was a bit shocking news that a student is being cought by ustaz and cik raiz.haduyai.memalukan betul.dah la member aku yang kene.ditangkap ketika hari persekolahan di kawasan perumahan lama dia.bodo siut mamat tu.da ar perangai pun gampang jerk.da tao diri macam tu,lagi nak buat hal g ajak dak perempuan sorang teman dia kat kawasan perumahan lama dia.agak dekat juga la dengan tempat kediaman aku.yang dia ajak tu pun member aku gak,tapi tak berapa rapat.aku tak tao la ape yang diorang buat,aku tao tao je si mamat tu da kene cekup dengan ustaz yusuf dengan cikgu raiz.dah la mamat tu pengawas pss.memalukan perlembagaan pss betul.kene cekup masa ari isnin.sengal tak sengal.almost 2 more month la brother.2 more month to out from the school.takkan la tak boleh buat hal lepas tu?mesti time school ke?dah tu lagi 2 bulan je nak SPM.pastuh nak tukar sekolah sebab malu.bodo siut mamat tu.haih.aku tak tao le nak cakap ape.da sampai serius macam nih.out of words.mamat tu dengan dak perempuan tu kene hukuman gantung sekolah selepas trial habis.haih.ape nak jadi pun aku tak tao la.sampai boleh jadi macam nih.memang da rosak habis ar diorang nih.huh...nak kata kesian,tak boleh,nak kata kejam tak boleh gak,untuk kebaikkan mamat tu gak daripada terus rosak lebih baik betulkan sekarang daripada terhanyut.haih...banyak betul budak rosak.ish ish ish

current mood:a bit dissappointed
current listening:6 minutes by LFO

The ExtraOrdinary Story Ends At 12:20 AM

Sunday, August 24, 2008


kenapa ade je yang tak puas hati?

aduyai...ade orang tak puas hati sebab aku terlalu mesra dengan orang lain.hahahaha.orang macam ini pun ada kah?tak sangka aku.tu la orang cakap.ape yang kita buat selalu ade orang yang tak puas hati dengan apa yang kita lakukan.haih...ade ke patut ade sorang member aku,tuduh awek dia suka kat aku?wakakakaka.ape punya cerita daaa..aku dengar pun aku da gelak guling2.hahaha.sib baik member.kalau tak aku da lempang da mamat tu.ade ke aku yang hanya menganggap awek dia sebagai adik je pun dia nak jeles sebab mesra?cmon la wei,bukan sehari dua ko kenal aku.aku kalau bab mesra alam nih,jangan cakap la.kalau da mesra,memang terlalu mesra alam punya laaa.tapi aku tahu dimana kah batas batas pergaulan aku dengan orang lain tak perlu nak jeles jeles.aku tahu ape yang aku buat.tak perlu nak bergaduh gaduh.kalau ade hal tak puas hati,cakap je,aku settlekan depan depan gak.tak perlu nak cakap belakang belakang.takut ke nak cakap depan depan?ape,pasal aku terlalu mesra pun ko tak puas hati ke?hidup aku,aku punya suka ar nak mesra dengan sape,aku tahu ko ade hak nak menegur diri aku sebagai seorang kawan,tapi ape masalah ko sampai tegur lelebih.itu pun kat belakang.awek ko sendiri bagitao aku,aku diam je.aku gelak gelak,padahal hati aku dah cair dah sebab dah terlampau panas sangat.tapi aku diam je la sebab aku tahu aku nih siapa.aku diam dan aku kata kat diri akurupanya ko belum lagi kenal siapa diri aku sebenarnya.memang aku tak tao nak cakap ape lagi ar kan kalau member pun tak paham diri aku,ape lagi yang boleh aku buat?tapi buat bodoh je la.asal aku happy,tak kacau orang lain sudah.ape-ape hal cakap je face to face dengan aku,tak payah nak cakap belakang belakang.pengecut je cakap belakang belakang.haduyai.ade je orang tak puas hati en?asalaaa

current mood:disappointed
current listening:I Will Survive by The Cake

The ExtraOrdinary Story Ends At 12:04 AM

Saturday, August 23, 2008


Kabus

ku duduk disatu sudut
ku termenung sendirian
memikirkan apa yang telah berlaku?
apakah yang diriku mahukan?

adakah dirimu yang ku mahukan?
diriku tidak pasti mengenainya
setiap kali sebelum tidur
ku terkenangkan dirimu
wajahmu membuatku ingin
termimpi-mimpikan dirimu

apakah engkau pun sama?
aku ingin tahu adakah
kita berkongsi satu perasaan
yang sama?
bertepuk sebelah tangankah aku?

ku tidak ingin keadaan ini
sepi dan sunyi tanpa warna
tanpa seorang manusia pun
dalam duniaku
warnakanlah duniaku
dengan warna-warna dirimu
agar ku dapat mengenali
duniaku dengan lebih meluas

berikanlah jawapanmu
agar diriku tidak lagi
diselubungi kabus-kabus
yang mengelirukan hidupku
tunjukkanlah aku jalan
untuk meneruskan apa
yang harus diteruskan
agar ku tidak terus
tersesat dalam dunia
yang mengelirukan ini


Hasil Nukilan
Demi Kecemerlangan
Ai_Sis

Current Mood:unpredictable
Current Listening:11 Januari by Gigi

The ExtraOrdinary Story Ends At 12:06 PM

Saturday, August 16, 2008


Good News

My friend, Taufit moved his fingers a little.
An improvement in his condition =D

alhamdulillah.

Let us all continue to pray for him.

And thanks a lot for those who have been praying for him or have been supporting him in any form.thx alot may Allah bless you always no matter who you are.

current mood:sleepy
current listeningYasin

The ExtraOrdinary Story Ends At 11:49 PM

Wednesday, August 13, 2008


P.L.K.N[Program Latih Khidmat Negara].X)

RM0.20 PLKN:

TAHNIAH IC Number[Secret]INDERA ISKANDAR BIN IBRAHIM
TELAH DIPILIH UNTUK MENYERTAI PLKN SIRI 6/2009

yes.daku terpilih.peluang keemasan nih.haha best tul terpilih pergi ke PLKN.siut dowh.dak KRS ramai yang dapat.kat 5A4 semua dak KRS terpilih untuk pergi.ahli KRS yang ade dalam kelas 5A4 ialah zhainuddin[sarjan],nabilq[koperal],fazren[koperal] dan husaini[koperal].siut semua dapat PLKN.kelas daku pula hanya daku sahaja yang terpilih dalam kalangan ahli KRS di dalam kelas 5A2.yang lain semua tak dapat.adeh.5A1 pun Suphontri[koperal] je yang pergi.i mean ahli KRS la.fatimah[koperal] dengan naquib[lans koperal] dari kelas 5A2 tidak terpilih.aku pelik betul.aku rasa yang aktif je terpilih kot?aku tengok si fatimah dengan naquib ni takde la aktif mana puwn.bagi pegang jawatan pun macam takde jawatan je.ish ish ish.pape pun,pangkat daku tak beli lagi.hahaha.malas ar nak beli.walau macam mana pun,SPM dulu.hadoh.need to study la weyh.perlu berkorban masa tidur dan sebagainya.bak kata ustaz Yusuf,tido 2 jam je da cukup.masa yang lain gunakan untuk study.wahhh memang mampoih kalau macam nih.huuuuuu mereng~

current mood:unpredictable
current listening:Sweetest Girl by Akon,Wyclef Jean,Lil Wayne & Nia

The ExtraOrdinary Story Ends At 11:26 PM

Sunday, August 10, 2008


Berita Mengejut.Maafkan Aku...TAUFIQ.

hari ini pepagi dalam pukul 10.30 ketika aku baroo je lepas makan dengan family aku,al asri call aku.dia ajak aku pergi ke hospital untuk tengok member aku bernama taufiq.semalam pun as da cakap dengan aku,taufiq accident,tapi dengar citer dari al-asri pula,kene demam denggi.aku pun nth tak tao la nak percaya mana satu.jadi aku pun diam je la.ikut bebudak ni semua pergi hospital.cakap pukul 11 nak pegi,tapi kul 12 baroo sampai hospital universiti.tu pun bas da terlajak ke depan.terpaksa la patah balik dengan berjalan kaki.sampai je kat hospital terus ke tingkat 3 wad kecemasan ICU.semua budak kelas dia termasuk kengkawan yang lain semua tengah duduk kat satu tempat.ade yang dah masuk ade yang belum ade yang dah masuk tapi masuk lagi.doktor tak bagi ramai orang melawat,cuma 2 orang je dalam satu masa.bila giliran aku masuk,aku dengan badrul masuk.aku tengok taufiq da macam penat sangat.tak mampu nak bukak mata pun.jadi aku tengok taufiq dengan senyap je la takut aku ganggu dia.dalam diam aku berdoa agar dia dipanjangkan umur.lepas tuh aku keluar duduk kat depan wad ICU dengan bebudak lain.pastuh dengar cerita dari khatijah pula,dia cakap mak taufiq bagitao dia,taufiq bukan kene demam denggi,tapi kene jangkitan semasa mandi time camp kat Ulu Yam time camp bina ihsan.air yang dia mandi tu sebenarnya ade racun tikus.dia terminum air tu jadi ade kuman yang masuk dalam badan dia.aku memang tak sangka gile akan terjadi macam nih.taufiq masuk hospital semalam.dia datang last sekolah ari isnin.itu pun muka dia dah pucat gile.memang dia sakit pun ketika itu.dengar cerita dari izwandi,dia demam.pastuh sampai hari jumaat dia tak datang sekolah.tup tup ari sabtu diorang cakap taufiq ade kat hospital.aku terperanjat gile.aduh...dalam diam DIA menguji aku dengan dugaan ini.bukan aku seorang yang terasa akan kehilangan,malah semuanya terutama zahier.duduk sebelah,1 kelas,ragby pun same.boleh dikatakan si zahier tu la yang paling akan terasa selain dari ahli keluarga dia.Ya Allah semoga dia di panjangkan umur walaupun doktor telah cakap semua organ dia sudah tidak berfungsi dan hanya menunggu masa untuk ke pangkuanNYA,namum aku tetap berdoa kepadaMU ya Allah,semoga dirinya di panjangkan umur,jika ENGKAU menariknya kembali kepangkuanMu,tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman ya Allah,ampunkanlah dosa-dosanya selama dia hidup ya Allah...nanti mesti aku terasa lain,dengan kehilangannya...semua kawan kawan cakap,walaupun dia ade kat hospital,diorang selalu rasa yang taufiq ade kat tempat yang selalu dia lepak.memang terasa gila dengan kehilangan dia.ya Allah,kuatkanlah diriku serta orang-orang yang bersama dengan aku agar tidak lalai dalam menjalankan tugasMU serta mengingati diriMu selalu.hurm...semoga dirinya di tempatkan di tempat orang yang soleh serta beriman,insya~Allah.aku meminta maaf,taufiq.ampunkan aku,halalkan segala makan minum aku...

current mood:SAD
current listening:Yassin

The ExtraOrdinary Story Ends At 8:09 PM