Tuesday, September 12, 2006


aku dan dia.

hari nih..ade exam geo masa kul 11.50 pagi..sebelum itu belajar macam biasa ar..ari nih aku tengok dia..dia diam jerk..dia hanya bercakap dengan budak perempuan jer..so aku pun biarkan jela dia..aku pun buat ar kerja maths dengan hitam..masa ke4 dan ke5 aku duduk buat maths dengan umi..aku buat maths sambil memerhatikan dia...tp takde ar selalu sangat aku perhatikan dia..aku cuma bz skit buat maths so takde ar selalu sangat aku dapat perhatikan dia..tp aku taw..dia selalu perhatikan aku..sebab dia cakap dengan hijau je mesti dia pandang aku..sebab bila dia nak cakap dengan hijau dia mesti bertentangan dengan aku..jadi dia selalu dapat perhatikan aku...tp aku rasa dia marah ar..sebab aku buat maths dengan hitam..tak buat dengan dia..keadaan dia yang tak macam dulu yang ceria dengan gelak ketawa riang.sekarang dia lebih suka berdiamkan diri dia dan buat kerja dia...kat sekolah sekarang nih..jarang sesangat aku bercakap dengan dia..kat phone je aku selalu mssg dengan dia..tp itu mungkin akan menggugat hubungan aku dengan dia..sebab aku tak bercakap dengan dia kat sekolah aku selalu bercakap dengan hijau je.selalu time agama aku duduk belakang dia mesti dia ade tegur aku atau tanya sesuatu kat aku..kalau dia nak ambil buku mesti dia pandang arah aku.kini dia hanya diam kan diri je walaupun dia tahu aku duduk kat belakang dia..bila dia nak ambil buku pun dia dah tak toleh kat belakang lagi..dia ambil beg dia letak kat depan dan ambil buku dia..selalunya tak macam nih..tp aku tak taw kenapa dia berubah..keadaan ini memberi aku tekanan..tambah lagi dengan tekanan PMR yang semakin mendekati diri aku.aku semakin bertambah tension.takde orang yang nak mengambil berat atau kisah tentang apa yang aku buat..sekarang nih..aku terasa diri aku tersisih dengan kawan-kawan..dengan dia pun aku dah macam nak putuskan je hubungan dengan dia sebagai teman.aku dah tak tahan dengan situasi begini.aku kalau boleh nak jadi macam dulu.biar dia selalu cakap dengan aku.biar dia kembali senyum dan gelak tawa riang dia.aku merasakan tanpa dia..aku macam tak lengkap.aku memerlukan dia.tp,aku tak mampu untuk membuatkan dia bercakap semula dengan aku seperti dulu.dulu aku cakap 1 dia balas 4 sekarang aku cakap 1 dia balas 1 je..aku paham..setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa.tp aku enggan menerima hakikat ini.aku hendak dia menjadi seperti dulu.mungkin apa yang orang katakan "hakikat ini amat pahit untuk diterima" ada benarnya walaupun aku dulu selalu memberi nasihat kepada orang lain bahawa terima hakikat yang telah terjadi dengan reda.tp aku sendiri tidak dapat menerima hakikat yang sepahit hempedu.apa bila aku terkenangkan perkara ini semula,hati aku berkata menangis lah sepuas puasnya dan beranikanlah diri untuk bercakap panjang lebar dengan dia kerana tahun depan dia mungkin dah pindah sekolah.tak dia pindah mungkin aku yang pindah sekolah.aku ingin meluangkan masa dengan dia agar menjadi satu kenangan yang manis sekiranya aku atau dia tidak dapat berjumpa lagi.mula-mula aku langsung tak bersependapat dengan orang lain yang mengatakan "tuhan tidak adil sebab memberi dugaan yang terlampau pahit untuk di tempohi"bagi aku tuhan sangat adil kerana Dia maha mengetahui segala yang terbaik untuk mereke.kini aku bersependapat dengan mereka.aku tak tahu mengapa aku sendiri juga tewas dengan pendapat mereka.selalu aku berkata kepada diri aku,tuhan itu sangat adil.tetapi kini aku tertewas dengan pendapat aku yang dulu.aku tidak dapat menerima dugaan ini kerana dugaan ini teramatlah sangat pahit untuk menerima.tetapi aku kukuhkan pendirian aku bahawa Allah maha adil dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.sekiranya aku berputus asa dengan-Nya,ternyata diri aku telah tewas dalam dugaan ini.

The ExtraOrdinary Story Ends At 11:48 PM