Tuesday, January 29, 2008


Happy Birthday To Her XD

23 haribulan 1 tahun 2008 ku menyambut harijadi dia.keluar rumah pada pukul 1.45 da sampai di pyramid pada pukul 2 tepat.tapi tunggu dia punya tunggu.dia pun datang lewat gak la.dalam lebih kurang kul 2.30 baru nampak batang hidung dia.da jumpa tu masing masing le lepaskan rindu.maklumlah sejak start 2008 sampai 22 haribulan tak boleyh keluar.dia kene study.23 baru la dia boleh keluar.so lepas le rindu tu skit bila dapat jumpa dia =).berbalik pada cerita,selepas berjumpa kitorang pun berjalan la pusing pusing pyramid semua.tapi tak best ar sebab 30 minit je da pusing satu pyramid termasuk pyramid dua.then kitorang pun naik le atas sekali dekat dengan jusco.then tengok le orang kat bawah bawah tu.bak kata cikgu Rais,itu adalah aktiviti membuang masa.hahaha.then tengah duk melepak kat situ,aku pun tengok je muka dia lelama.dia tak perasan,so bley la tengok muka dia pepuas.hahaha.bila dia perasan je ku pandang muka dia,terus dia blushing.then dia cubit lengan aku.woooooo sakit diaaa...tak ingat...berbisa betul.cubitan seorang wanita memang berbisa eyh?sakit gila.tapi berbaloi la dapat tengok muka dia.hahaha.then dia pinjam phone aku untuk msg adik dia suruh datang bagi ape tah dalam plastik beg.then bila da jumpa adik dia,adik dia nak ikut plak.kacau daun le.tapi tak kisah puwn.adik dia ade takde la sunyi sangat.adik dia pun takut dengan aku.nth ape hal tah.maybe sebab peristiwa dia makan ice cream,aku pandang dia je,dia pun tak boleyh nak makan sebab aku pandang dia je.then gelak.kakak dia pun ikut la gelak ketawakan adik dia.hahaha sebab itu la kot dia takut.hehehehe.thewn g giant diorang masuk beli ape tah.aku da tak tahan nak makan,aku pun g la bli roti panjang pae tah nama dia tak ingat.hehehe.tengah makan tu tak perasan plak dia da keluar dari giant.terperanjat gak aku dibuatnya.tetiba je ade orang cuit dari belakang.da la tengah mengunyah roti.hahaha.sib baik tak melatah.then adik dia plak nak g makan kat jasmine cafe.siut.tao tak payah beli roti kat giant tadi.hahaha.then teman la diorang g makan.adik dia je makan nasi lemak.kakak dia tak makan pun.minum air je.aku pun makan jela tak oder air puwn.hahaha.then lepas makan kitorang jalan sekejap je,pastuh lalu giant ingatkan nak naik atas tapi dia nak masuk dalam giant sebab nak beli tisu.tisu kat umah dia da habis.tapi aku tengok bukan tisu je,ade lagi satu ape benda tah,malas la plak nak tanya dia ape benda.hahaha.then g cari hadiah tuk kakak angkat dia kat klang sana.macam macam ar kedai g cari.tapi last last beli gak kat S & J shop.dia nampak la trademark aku yang smiley tu warna kuning bulat tuh.dia da pandang aku senyum senyum.dia cakap nak bagi hadiah ni kat kakak angkat dia boleyh tak?aku cakap le mana boleyh itu trademark orang.tak boleh.dia pun merayu le nak beli.aku tetap cakap tak boleh.then dia cakap kalau tak boleh,saya belikan tuk saya ok?aku pun cakap ar mana boleyh itu trademark orang la.hahaha.then dia dia cakap ok ok kita beli 2 k?satu tuk saya satu tuk Is,boleyh?aku pun cakap la ala buat apa nak beli tuk saya?harijadi saya tak sampai lagi.nak beli beli le tuk diri sendiri.dia da tarik muka masam.adoi.hahaha then pujuk pujuk le skit dia tu.lepastuh adik dia tah mana menghilang tengok barang.aku pun ambil la kesempatan itu tuk memberi hadiah kepadanya.aku menyuruh dia tutup mata dan hulurkan tangan.then dia tutup mata kejap je pastuh dia bukak mata.padahal aku tak bagi lagi hadiah tu kat dia.then aku suruh dia tutup mata betul betul.then baroo la dia tutup mata betul betul.then aku pun bagi la hadiah kat dia.hadiah sebentuk cincin ade tulisan HAPPY.dia cakap terima kasih sebab bagi hadiah.hahaha aku pun cakap ar welcome to my world.hehehe.dia pun gelak gelak je.hahaha.pastuh da beli barang tuk kakak angkat dia,kitorang pun balik la coz time tu da pukul 6.50 petang da.hohoho best best.hahaha.

Current Mood:Sleepy
Current Listening:Seribu tahun by Imran Adjmain

The ExtraOrdinary Story Ends At 10:36 PM

Sunday, January 20, 2008


Senyumlah kawan XD

waaaaaaaaaaa feeling terrible laa tahun nih.asal yea?mungkin sebab SPM?mereka-mereka yang da lepas SPM pun maybe pernah mengalami perasaan seperti yang ku lalui?aduh.banyak homework la nampaknya.lagipun ni last year mesti ar semua cam gampang je gengsterism kat sekolah.yeala kata da last year buat dajal ar kat sekolah.maybe la kan.maybe.haha.pape puwn aku bukan nak cerita pasal ini.aku nak memberitahu yang hidup orang lain lagi teruk dari aku.maybe la kan.sebab aku sering gak la tengok blog blog mereka semua.aku bandingkan masalah aku dengan masalah diorang lebih kurang sama je.tapikan,aku tetap merasakan yang diorang punya masalah lagi teruk.terutama apabila tahun 2008 nih menjelma.masing masing nak focus belajar masing masing busy dengan kerja mereka.aku pun maybe da nak start busy da starting on Feb.sebab nak kene g tuisyen.mak da bebel bila nak g tuisyen.aduh malas tul nak g tuisyen.keje sekolah pun da berlambak,nak kene g tuisyen,keje rumah lagi.adoiii~macam mana la yea tahun nih?rasa cam sekejap je da jadi senior dalam sekolah.aku pun tak sedar apa yang aku da buat dalam masa tempoh 4 tahun nih.ape pun takde.haih.dunia da semakin cepat berlalu.dulu rasa lambat gak ar tapi bila aku renungkan balik dari darjah satu sampai sekarang.terasa sekejap.pejam celik pejam celik je da form 5.da nak habis sekolah.sepuluh tahun telah berlalu.tapi apa pun aku tak rasa.tak rasa macam aku nih da macam form 5.still stuck in standerd 1.still suka kacau kacau orang,gelak gelak lagi tak serius dan sebagainya,macam budak budak.dalam hidup aku,aku tak pernah nak rasa macam serius dalam apa jua yang aku lakukan.aku cuma lakukan yang terbaik tetapi dalam keadaan bersahaja.maybe bagiorang lain melihat aku,nampak macam tak serius dan banyak memain tetapi mereka tidak tahu aku melakukan segala-galanya yang terbaik dan termampu dilakukan oleh aku sendiri cuma bukan dalam keadaan yang serius sahaja.bagi mereka semua,SERIUS itu penting dalam membina kejayaan,tetapi tidak bagi aku.SERIUS hanya menambahkan stress didalam hidup,sebab itu aku tak serius.namun tidak ramai yang faham dengan cara hidup aku yang tidak serius.semuanya sempoi.tapi aku tahu mereka semua ada jalan mereka dan cara mereka sendiri untuk menguruskan masalah dan kehidupan harian mereka.aku selalu gak la perhatikan orang lain.mereka sering kali serius.makin serius makin stress aku lihat.aku pun tak tao la ape yang da berlaku.serius je stress.haih...tak boleh ke mereka semua cuba enjoy melakukan apa yang mereka lakukan?semua nak serius je susah ar hidup.sekarang nih aku cuma perhatikan je masalah masalah orang tanpa aku campuri tangan,diorang nak minta tolong,cakap je,aku akan hulurkan tanganku untuk membantu sedaya yang mungkin.hohoho.sempoinya hidup aku.sampai bila nak sempoi pun tak tao le.maybe sampai ke tua pun aku macam ni lagi tak berubah ubah.pape pun hidup dan muda hanya sekali,enjoy selagi boleh.pepatah mengatakan SENYUM itu merupakan ubat untuk mengurangkan stress didalam menangani masalah.aku tahu tak semua orang boleh senyum dalam menangani masalah mereka,mungkin luar senyum dalam berduka,kita pun tak tahu.tapi apa yang aku tahu,terimalah cabaran itu dengan senyuman dan hati yang terbuka,aku pasti itu adalah salah satu cara nya untuk kita enjoy dalam hidup ini Insya~Allah.kepada kawan kawan ku yang membaca blog nih,tak kiralah masalah ape pun break up ke marah dengan someone special ke,senyumlah.kerana senyuman itu adalah ubat kepada duka X)

Current Mood:Enjoyed Life
Current Listening:Ruang Rindu By Letto

The ExtraOrdinary Story Ends At 1:02 PM

Wednesday, January 16, 2008


Back To Normal XD

hurm...aku tak tao ar kan kenapa bila masalah aku yang terpenting yang aku takut sangat telah melanda aku iaitu aku gadoh dengan dia.walaupun aku gado dengan dia semalam,aku tarasa macam sedih atao pun rasa cam geram ke ape ke takde...sebaliknya aku rasa tenang..aku tak tahu mengapa.masa tu aku cuma fikirkan yang dalam hidup ini cuma satu je.iaitu tak perlu takut.kalau takut walau macam mana sekali pun masalah tetap akan datang kepada kita.jadi hadapilah masalah itu dengan senyuman.itu aje,dan selepas terjadinya masalah itu,aku kerap kali tersenyum.aku rindukan ketenangan itu.ketenangan yang aku tercari-cari.pada waktu kebelakangan ini.aku sering kali rasa macam tak tenteram.disekolah aku menjadi seperti biasa.selepas sekolah aku jadi pendiam.kerap kali aku termenung.otak aku sering kali terfikir mengapa ini terjadi?mengapa ujian ini yang ku dapat?aku tahu ujian ini apalah sangat,tapi walaupun ia seperti remeh temeh ia tetap dapat mengugat sedikit emosi ku.hari ini pun aku tak macam selalu kat sekolah yang kerap tersenyum dan kacau orang.hari ini kat sekolah aku asyik termenung je sampai member tegur aku ade masalah ke ape.tapi aku hanya merahsiakan sahaja kerana buat apa aku nak bebankan masalah aku terhadap kawan aku,dia pun ade masalah gak tapi kalau dia paksa aku akan bagitahu juga if dia paksa.kalau dia tak paksa aku tak bagitao lagi pun aku malas nak citer masalah yang terjadi.biarlah segalanya menjadi sejarah didalam hidup aku.biar ia menjadi rahsia didalam hidup aku.tapi hari ini pula,segalanya da berubah balik.aku rasa maybe sbab semalam dia moody kot..ari ni da ok balik sebab itu le..maybe la..aku tanya dia asal jadi macam tu semalam pun dia cakap tak payah tanya dia malas nak ingat balik apa yang telah berlaku semalam.haih..entah ar..manusia tetap akan berubah suatu hari nanti.tapi aku tak mengharapkan kasih sayang itu akan berubah dengan izin nya insya~Allah.adoi tahun ni da spm.haih..sekejap je masa da berlalu pergi meninggalkan kita.erm besok rasa cam nak ponteng je kelas agama.aku tak tao le asal tapi rasa cam nak ponteng jerk.hurm...da ar tu...hadapi cabaran dengan senyuman kerana muda dan hidup hanyalah sekali dalam seumur hidup.jadi kita enjoy ;-P

current Mood:tersenyum+risau
Current Listening:Belaian Jiwa By Innuendo

The ExtraOrdinary Story Ends At 10:27 PM

Thursday, January 03, 2008


Hari Pertama Sekolah

erm still masih sempat lagi kan nak ucapkan selamat tahun baru?hahaha malas nak tulis blog lee.erm first day of school da bosan gila.awal awal da belajar addmath.da la silibers form 4 pula tu.time ciktu mengajar memang ngantuk gila babeng ar.tak tao asal.cikgu ajar kat depan langsung aku tak paham.hahaha sengal tak sengal ar sebab ngantuk.bila cikgu da bla je aku ok balik.nth ar ade penyakit cikgu datang aku tido kot.hahaha pelik pelik.itu le hari pertama di sekolah.yang lain ok ok je laa.takde perubahan sangat.dah lama dah tak makan nasi lemak ayam kat kantin tu,dapat makan fush...sedap..ayam dia da masak guna tepung da.itu yang sedap.dulu masak pakai kunyit je.tak berapa sedap la bukan tak sedap tak berapa sedap je.sekarang da maju da kantin,bagus-bagus.selepas perhimpunan ade la plak meeting.skejap je bagitao pasal perkhemahan pengawas pss yang akan di adakan pada 25-27/1/2008 di sungai congkak.gilaaa.awal awal terus ade perkhemahan.gampang tak gampang ar.hahaha.tapi best la gak.yang aku risau ni cuma parents je la pasal duit.duit tuk kain sampin tak bayar lagi sebanyak rm34.50.perkhemahan lagi rm50.00.itu pun da nak rm100.00.aku risau mak bising je.da la tahun ni SPM.memang komferm kene bising ar mesti mak suruh aku berhenti jadi pengawas pss.bukan aku tak faham dengan perangai mak aku ni.pasal duit memang ar berkira gila nak mati.tension dooohhh.mana aku nak cari duit?nak keje?mak aku bagi ke?keje kat hotel je la kalau bagi.tapi bila?nak kene bagi duit sebelum 15 januari.sehari keje baru dapat rm40.00++ je.tak sampai rm50.00 pun.aduh entah ar.tengok ar dulu keputusan mak macam mana.aku da agak da memang akan jadi macam ni bila setiap kali mula persekolahan.bila nak mula je mesti ade masalah dengan duit.itu yang tak suka tu.aku paling benci pasal duit ar.comferm ade masalah dengan duit.aduuuuuuhhh tension tension.macam mana aku nak selesaikan masalah nii??argh gampang tul laa hidup aku ni.aduhai...jadi aku memang malang.hurm...k la aku penat ni sebenarnya.hehe.k babai XD

Current Listening:Maha Karya Cinta by Faizal Tahir
Current Mood:penat gila macam gampang haha.

The ExtraOrdinary Story Ends At 8:21 PM