Monday, December 10, 2007


Aku Kemalangan.hahahaha ;-)

saya kemalangan dan ia berlaku pada petang semalam di jam 18.45 petang.saya masih dalam kesakitan walaupun telah berjumpa dengan doktor dan makan ubat yang telah diberi.terasa seksa tuk diriku tidur di atas katil kerana luka yang ku alami di kaki,betis,tangan dan di bahu yang kesemuanya luka hanya di anggota badan di sebelah kiri.ini menyebabkan ku sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak pada waktu malam dan hanya dua gaya sahaja yang boleh ku lakukan semasa tidur iaitu sama ada tidur seperti mayat atau pun pusing ke arah kanan.hahahaha.disebabkan kecederaan yang tidak dapat dielakkan ini hancur sudah rancangan ku pada minggu ini kerana kebatasan untuk bergerak kerana kesakitan yang teramat.kejadian ini terjadi ketika saya menunggang motorsikal selepas hujan kerana ingin balik ke rumah selepas ke kedai untuk memasukkan nilai tambahan kredit untuk telephone bimbit ku yang agak tua dan usang kerana fungsi dan rupa bentuk yang agak tua.berbalik kepada kejadian.kemalangan ini berlaku ketika di selekoh di hadapan rumah ku.aku membawa motor tersebut secara perlahan lahan kerana ku masih di katakan jr lagi kerana baru sahaja belajar dan masih tidak mendapatkan lesen kerana kemalasan yang menguasai diri dan bercadang untuk mengambil ketika berumur 18 tahun nanti.ketika ku sedang mengambil selekoh secara perlahan lahan,tetiba muncul sebuah kereta wira yang keluar secara mengejut telah mengejutkan aku sehingga aku terpulas minyak yang berlebihan dan terjatuh berdekatan dengan kereta wira tersebut.nasib ku boleh dikatakan baik kerana tidak terlanggar dengan kereta yang muncul dengan agak mengejutkan penunggang amatur yang baru belajar menunggang motorsikal.selepas terjatuh dari motorsikal tersebut ku mendapati telephone bimbit ku telah pecah berderai dari house casing dia tetapi tidak rosak kerana hanya house casing sahaja yang tercabut dari badan telephone bimbitku.tetiba pemandu kereta tersebut keluar dan memapah ku bangun sambil berkata "camman boleh jatuh ni?terkejut ke?" aku pun menjawab "a ah terkejut sebab abg keluar secara mengejut ketika saya hendak pusing lagipun jalan raya sekarang ni licin sebab baru hujan" then abg tu pun angkat motor sikal yang ku tunggang tadi dan hendak menghidupkan enjin motor tersebut tetapi ku menghalangnya kerana ingin balik cepat kerana telah hampir maghrib.lepas abg tu masuk ke dalam kereta dia still berhenti dan tengok aku untuk menghidupkan enjin motor tersebut.setelah enjin motor ku telah hidup abg tersebut pun pergi.aku balik dengan agak laju sedikit kerana kecederaan yang ku alami.ketika sampai di rumah,abg ku tidak perasan bahawa aku telah terjatuh dari motor tetapi dia perasan juga ketika ku mengambil air di belakang dan tisu tuk membersihkan luka yang dialami oleh aku kerana kemalangan yang telah ku alami.abg ku hanya gelak ketawakan aku.entah apa yang lawak pun tak tahu.hendak saja aku bagi penumbuk ke mukanya tetapi aku bertahan kerana kecederaan yang ku alaminya.selepas beberapa ketika aku membersihkan luka ku,makcik aku iaitu kakak kepada mak aku masuk ke dalam bilik dia lihat banyak tisu diselaputi darah di bilik ku lantas makcik ku terus memanggil mak ku dan mak ku membantu ku membersihkan luka.lebih kurang pukul 8 mak serta aku pergi ke klinik.ketika di dalam klinik,mereka memberikan suntikkan apa entah aku pun tak ingat lepas itu mereka membersihkan luka ku dengan agak ganaz sehingga aku punya kaki kadang kadang seperti tersepak jururawat yang membersihkan luka ku kerana kesakitan tetapi ku tahan dengan segala dayang yang termampu selepas itu mereka berikan ku ubat tuk antibiotik,ubat tahan sakit iaitu pain killer ,ubat bengkak dan ubat sapu tuk luka ku.kesemuanya berharga rm80.00.bagiku ia agak mahal hanya untuk sedikit ubat sahaja.tetapi apakan daya ini adalah nasib yang ku terpaksa jalani.sehingga sekarang aku masih mengalami kesakitan di luka ku walaupun telah makan ubat yang diberi.macam tak berkesan saja ubat yang diberi,tetapi ubat tersebut adalah juga membantu mengurangkan kesakitan tetapi bukan membunuh kesakitan.huarghh sakitt sakit sakit!!!!tapi best sebab dapat sepak jururawat tu dengan tidak sengaja.ahahahahaha kepada sesiapa yang mengenali diriku pasti sahaja tergelak menbaca cerita ini sambil menganggap diriku gila kerana telah kemalangan pun still boleh gelak gelak lagi dan kerana bahasa yang diriku gunakan seperti budak tingkatan satu menulis karangan.ahahahahaha sekian sahaja dari diriku nantikan episode sambungan seterusnya dalam beberapa hari akan datang.ehehehehehehe =)dan di bawah adalah gambar di mana ku terluka sila melihatnya.eehehehehe


Di Bahu


Di Tangan


Di kaki[Lutut sehingga di buku lali]


Current Mood:crazy
Current Listening:K-Ci & Jojo-Crazy

The ExtraOrdinary Story Ends At 5:16 PM