Tuesday, February 26, 2008
Sasaukah Aku?Gilakah Aku?
hurm...apa da jadi dengan diri aku nih?aku tak boleh nak melupakan perasaan aku terhadap adik aku.makin hari makin sasau aku dibuatnya.aku masih lagi suka kan dia.aku tak tahu kenapa.adakah hanya untuk sementara ataupun untuk selama-lamanya?adakah nanti ade perempuan yang lagi elok darinya akan membuatkan aku berubah angin sekali lagi?aku tidak tahu adakah dia hanya tempat untuk perhentianku untuk seketika.aku memang tak boleh nak lupakan perasaan aku terhadap dia.setiap kali melihat gambar dia,hatiku terus tenang dan menyesal dengan perbuatan yang aku telah lakukan.aku memagn tak berguna.walaupun benda itu sudah berlalu,ia tetap menghantui diri aku.mengapa?mengapa?aku dah penat untuk menyingkir perasaan yang tak patut aku alami.tetapi tetap tidak hilang dari benak sanubariku.semakin aku cuba menyingkir perasaan itu,semakin kuatlah perasaan itu hadir dalam diri aku.bagai mana harus aku atasi masalah ini?aku dah cuba pelbagai cara untuk melupakan diri dia dan anggap dia seperti adik angkat aku sendiri,tapi hati aku tetap tidak berhaluan sebegitu.mulut katakan begitu,hati berkata begini.aku dah penat,penat sesangat memendam rasa ini dalam hati aku.raut wajah dia ketika senyum membuatkan aku terhibur ketika aku tengah stress ataupun tension.aku tidak tahu apa yang da jadi dengan diri aku.aku nih da gila ke?setiap hari aku cuba melupakan perasaan itu tapi tak berjaya.aku rasa bersalah sangat dengan as.adakah aku patut putuskan hubungan aku dengan dia hanya kerana perasaan aku terhadap adik aku?kalau boleh aku hendak memiliki mereka berdua,tapi aku hanya boleh memilih seorang dari mereka berdua dan aku tidak tahu mana satu harus aku pilih antara mereka berdua.hurm...macam mana ni???arghhhh bodohnya aku ni.haih...aku berharap agar hidup aku tidak lama,kerana tidak dapat lagi aku untuk menerima tekanan ini,Ya Allah matikanlah penderaan ini ya Allah aku memohon kepadaMu sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
Current Mood:
sasau/angau/gilaCurrent Listening:
Indah Lelapku by Izwan Pilus
The ExtraOrdinary Story Ends At 6:03 PM