Saturday, June 28, 2008


Jual buah weyh XD

Hari ini adalah hari koperasi dan aku sebagai salah seorang kumpulan KRS akan menjual barang pada hari ini.oh hari ini sebenarnya tarikh tutup hari koperasi,lupa nak bagi tao.hehehehe.aku menjual buah-buahan sebanyak 3 jenis iaitu apple,oren dengan buah pear.nor ain salleh pula menambah 1 lagi jenis buah iaitu buah jambu.terdapat 5 kotak buah buahan,2 kotak apple,2 kotak oren dan satu kotak buah pear.jambu batu pula sebanyak 100 biji yang diorder oleh nor ain salleh dari kawan kakak dia.jadi pada pagi ini,semua gerai sibuk menyiapkan perkakas dan kedai diorang.gerai KRS je yang senang lenggang sebab jual buah je.gerai yang lain banyak yang jual baju,buku,makanan ringan,kek,air,laksa,pizza,ABC,ais kepal dan sebagainya.kebanyakkannya jual makanan.hanya 3 buah gerai sahaja yang menjual buah buahan iaitu KRS,Pengakap dengan budak 4A5.tapi buah-buahan kitorang paling laku antara semua.hahaha.kitorang menjual dengan kadar yang paling murah antara semua iaitu 8 biji apple,6 ringgit,sebiji apple 80 sen.8 biji oren,5 ringgit,sebiji 70 sen.buah pear pula 8
biji,5 ringgit.buah jambu pula sebiji dipotong kepada empat dan setiap satu berharga 50 sen.jadi memang laku gila la.kedai lain semua agak mahal.buah yang pertama habis ialah buah pear.tak tao la kenapa buah pear habis lagi awal daripada buah lain.second habis ialah buah jambu.buah jambu tak ade 100 buah pada mulanya.so bila buah jambu da
habis,aku terfikir resepi baroo dengan menggunakan buah apple yang agak banyak belum terjual lagi.aku memotong kepada saiz agak kecik sedikit dan makan dengan asam yang digunakan untuk buah jambu.hahaha.agak laku gak la.sebelum aku menjual aku da buat banyak da.banyak cikgu dan bebudak cakap sedap dan menanti untuk aku buat lagi.waahhh
hebat ar aku.hahahaha.pastuh ngah potong buah apple,fadylah datang.terperanjat aku.tetiba datang.hahaha.tanya yang lain mana,dia cakap g camp.ooo sib baik..kalau tak mesti kene cop CHEF.hahaha siut tul.dak dak kat sekolah da cop aku sebagai CHEF pula.sib baik time fadylah ade tu takde orang panggil aku CHEF.hehehehe.habis pada pukul 2.45 petang yang mana buah telah habis dijual.keuntungan semua tu aku tak tao sebab aku tak check pun duit semua tu.cikgu je yang pegang duit tu.pastuh affan cakap dia nak belanja tapi dia da bla dulu g kedai mamak.siut.then aku jumpa dia kat kedai mamak.huhuhu.makan free je sebab dia belanja.order teh ais dengan susu ais serta maggie goreng.wakakaka.siut.ramai pula tu yang dia belanja.tapi tak sampai la 50 ringgit.hohoho.muka semua da cuak je tengok affan.cukup ke duit nak bayar.hahaha.tapi tak jadi masalah sebab dia orang yang bekerja maa.hahaha.lepas tuh g bli keropok lekor dengan pisang goreng pastuh balik.

current mood:tired
current listening:leavin by Jesse McCartney

The ExtraOrdinary Story Ends At 10:00 PM