Saturday, September 20, 2008


Majlis Berbuka Puasa & Qatam Al-Quran

bersiap pada pukul 5.20 petang.sampai kat sekolah pukul 5.33 petang.ramai tak datang lagi.kata start kul 5.30 tapi tak start-start lagi.hampeh,tao datang lambat.time tuh lepak jela kat depan dewan untuk para pelajar mendaftarkan diri.dalam masa yang sama,tolong ustazah dan guru guru dalam menyediakan makanan untuk berbuka.time tuh memang penat gila ar.dah la puasa,tapi tolong sana sini pergi sana pergi sini untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.time tuh,ramai yang baroo datang.datang lambat.

yang paling memalukan,perempuan lagi ramai dari lelaki.memalukan betul.yang form 5,skit je.yang banyak bebudak sesi petang.maybe diorang excited kot.tak pernah nak berbuka reramai kat sekolah.tapi bagi pelajar macam aku nih,biasa la tuh.dah biasa dah.setiap tahun ade,setiap tahun aku datang.dan setiap tahun juga lah aku jadi pembantu ustazah secara tidak rasmi dan rasmi.eyh?macam mana tu?entah lah.hahaha

pastuh dekat nak berbuka tuh,cikgu semua da bising da panggil pelajar semua masuk sebab dah mula dah.*aku sendiri pun tak tao bila mula* then time kat kantin untuk mengambil 300 cawan,azan berkumandang.bebudak semua berbuka dengan bekalan yang diberi.bubur lambuk,botol mineral dengan 2 biji buah kurma.aku tak sempat le nak pergi dewan balik sebab agak jauh le.then NOORSHAM pergi beli air gas.berbuka lah dengan air gas.hahaha.siut jerk.berbuka dengan air gas.sapa yang ajar tah.hahaha.then baroo lah g melantak bubur lambuk kat tepi dewan sebelah longkang.selambaaaa jerk.buah kurma aku bagi kat husaini sebab aku memang tak makan buah kurma.memang tidak gemar.tak tao asal.huhuhu~

then solat maghrib.lepas itu dinner.makan nasi dengan ayam goreng.nasi bukan nasi biasa.nasi ape tah.alas cakap,nasi goreng.taktao le.aku bantai je la.time ngah sedap sedap makan tuh,dah la tak nampak.gelap pula tuh.suap je nasi,terasa pedas.pergh.makan sambal belacan tanpa disedari.lagi kurang ajar.tapi balun buat bodo je.sebab aku memang jenis yang agak tidak berkenan dengan lauk jenis sambal sambal nih.tapi yang aku peliknya,kalau nasi lemak,selamba je aku makan.kalau makan sambal cara lain,memang aku tak nak makan langsung.rasa nak muntah.tak tao ar kalau dengan nasi lemak je aku boleh belasah makan sambal.hahaha.sengal tak sengal.lepas makan,maklumlah pedas dia,mak aih.air mineral dah habis sebab digunakan untuk membersihkan tangan.tapi malangnya air tak cukup,pergi kat kantin,basuh tangan then NOORSHAM belanja air gas lagi.minum le lagi.hahaha.dia beli F&N,oren.aku pula kick kapur tulis.hahaha.disebabkan aku nih jenis yang agak gila bila ada macam macam jenis air,aku campurkan semua jadi satu minuman dan minum.hahaha.best betul rasa.wakaka.

lepas tu g dewan balik.tengok fuad ambik nasi dengan ayam percik.pergh dia punya istimewa.siut je.aku cadang nak belasah lagi,tapi tak jadi.tolong dak junior aku ambik air sirap.korbankan masa untuk belasah ayam percik.mulianya aku.hahaha.lepas ambik sirap tu pergi ke dewan,aku tak tao pula sirap tu panas.cari ais,semua habis.sib baik ade ais kat dalam jag lagi satu.cikgu yusran tuang air sirap tu dalam jag lagi satu,tapi tertumpah sikit,dia menjerit.panas panas panas!!!.hahaha kitorang da gelak gelak da.haha.

then 8.15,semua ready kat dewan.aku ingatkan nak solat isyak,tapi baroo pukul brapa.tengok tengok bacaan yassin.untuk kawan aku yang masuk hospital.yang pernah aku ceritakan mengenai dia dalam entry yang lepas.nama dia Taufiq.aku dah lama tak lawat dia.aku bercadang nak lawat dia lepas trial jika berkesempatan dan dizikan olehNYA.

then solat isyak.lepas itu solat hajat.lepas itu baroo solat terawih,iaitu aktiviti second last.buat 8 rakaat je.pastuh terus witir.then,aktiviti menyampaikan hadiah Qatam Al-Quran.lepas itu kitorang[budak nasyid] tolong kemas dewan sebab bab bab majlis macam nih,memang geng-geng aku je la yang kene.orang lain tak kene puwn.setiap kali.haha.lepas kemas tuh,balik umah dalam kira kira pukul 11.30 malam.pergh penat gilak.sekarang,tidoooo~~~ XD

current mood:Tired & Sleepy
current listening:Siapa Yang Rampas Cintamu by Ukays

The ExtraOrdinary Story Ends At 3:16 AM