Saturday, November 22, 2008
Berserah
hari ini dia mengatakan yang dia dapat kat negeri sembilan.pergh jauh gak tempat plkn dia.tapi takde jauh mana puwn.aku kalau balik kampung kat johor pun lalu kat situ gak.dia dapat kat ayer hitam sana.kira tak brapa jauh la.tapi aku tak dapat lagi surat dari goverment.haih...check kat internet dia bagitao tempat lagi.member cakap kat internet cuma akan bagitao tempat selepas 27 november nanti.aku tak tao la kan sebab orang lain pun da dapat surat dari goverment lebih awal dari tarikh yang dia akan bagitao tempat dan bila perlu melaporkan diri.aku pun tak tao la mana yang betul.
haih...but ade sesuatu yang menganggu aku.actually tak ganggu pun cuma bila dia sebut si mamat ni yang pernah suka kat dia siap cakap kat dia lagi kalau dia putus dengan aku,dia nak masuk line pikat dia,dapat tempat yang sama dengan dia.aku tak begitu terperanjat sangat.mungkin,dia tak ada jodoh dengan aku dan jodoh dia dengan mamat tu.mungkin lah.sebab dulu diorang rapat masa sebelum aku couple dengan dia.lepas aku couple dengan dia pun,diorang still rapat gak.still contact semua.mamat ni pun sebenarnya member aku gak.kumpulan nasyid gak dulu.tapi lepas masuk form 4,semua g teknik.tak tao pula bila dapat plkn,dapat sama tempat dengan dia.
tapi macam yang aku cakapkan kat dia.aku menghormati setiap kebebasan seseorang untuk memilih.kalau dia memilih untuk mencari yang lain,terserah lah.aku tidak akan cakap banyak dan hanya akan akur dengan keputusan yang dibuat.cuma yang aku pinta hanya bagitao aku secara terus terang yang dia nak break dan couple dengan orang lain.itu je.yang lain semua tu tak perlu nak bagitao aku sebab itu hak dia untuk buat semua benda yang dia nak buat.lagipun aku nih sape nak halang jangan buat itu ini semua.memang ar bagi seorang wanita amat perit untuk melupakan cinta pandangan pertama walaupun hanya cinta monyet.tapi apa boleh aku buat kalau dah ditakdirkan aku tiada jodoh dengan dia?aku hanya boleh akur dan berserah kepada yang maha Esa kerana DIA lebih mengetahui ape yang terbaik untuk umatnya dan aku reda sekiranya itu yang berlaku.
Doa Seorang KekasihOh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
current mood:
berserah pada yang Esacurrent listening:
I'll Wait For You by Elliot Yamin
The ExtraOrdinary Story Ends At 9:15 PM