Sunday, November 23, 2008


Mengidap Atao Tidak?

aku disini ingin memberitahu bahawa aku kemungkinan menghidap tekanan darah yang tinggi berdasarkan pemeriksaan di medikal camp di sekolah aku kira-kira 4 minggu sebelum ini.nurse yang memeriksa aku telah berkata bahawa tekanan darah aku adalah tinggi buat kali pertama iaitu 170 iaitu tekanan darah tinggi peringkat 2.tak tao la kenapa.

then dia suruh la berehat jap sebab mungkin cuaca panas atao pun sebab penat sebab tu la jantung pamp darah dengan laju.so aku pun rileks je la.then kali kedua check da turun kepada 140.iaitu tekanan darah peringkat 1.dia pun suruh berehat lagi sekali untuk membuat kepastian.

kali ketiga pula,dia berkata bahawa telah naik kepada 160.aku pun agak pelik gak lah.apasal tetiba naik tetiba turun?pelik betul aku.nurse tu pula boleh kenekan aku.dia cakap aku mungkin excited sangat kot jumpa nurse-nurse kat situ.yeala semuanya perempuan.perempuan pula yang cun cun.siut.puji diri sendiri.hahahaha.aku pun cakap ar.mana ade.merepek jerk.penat pun tak hilang lagi nih.then dia suruh lepak jap.g makan-makan ke g memane ke nanti baroo datang balik.

aku pun bla je la.lepak lepak kat luar cakap cakap dengan member semua,aku tunggu pun agak lama gak la.sampai aku dah nak tetido dah sebab penat tolong cikgu tadi.tarak guna betui.aku datang sebagai pengunjung.tapi kene buat kerja pula.mana tak bengang.orang kat situ takde,kitorang pula kene.dah la form 5,kene buat kerja gak.dah tu SPM lagi beberapa hari je lagi.panas betul aku.patut budak budak yang kene buat,ni kitorang pula kene.haih...itu la yang aku cakap.khidmat aku still diperlukan oleh sekolah sebab sekolah tu tak boleh kehilangan orang-orang kuat.ceyh puji sendiri.hahaha.

then aku masuk untuk pemeriksaan kali ke empat.pergh aku sorang je yang buat 4 kali.ahahaha.then dia check,turun 4 je.iaitu 156.aku pun terperanjat gak la.aku tunggu rileks-rileks sampai nak tertido dia cakap turun 4 je?what da hell?aku pun duduk lepak je kat situ berborak borak dngan nurse tu.then dia check lagi untuk kali ke 5.dia kata da turun 140.pergh dia pun cakap argh tulis je la kat atas kertas pemeriksaan tuh.tak nak turun ke paras normal.then dia catat kat situ mungkin kerana panas/excited.aku pun gelak je.buat bodo sudey sebab aku rasa mungkin sebab aku penat sangat.sebab itu la tekanan darah aku tinggi.angkat benda berat berat naik tangga.brapa kali turun naik turun naik.ade la gak hampir 4 kali.memang habis peluh aku.bau dia tak payah cakap la.hahahaha.sib baik aku bawak minyak wangi standby.kalau tak,melekat je la.hahaha.

akhirulkalam,[bahasa BM sudey keluar]aku di sini ingin mengisytiharkan bahawa aku confuse tentang ape yang berlaku.adakah aku mengidap atao tidak?jadi mungkin nanti aku akan buat pemeriksaan dengan lebih lanjut kat hospital nanti tapi taktao la bila nak pergi sebab macam takde masa je.parents pun sibuk dengan keja.jadi tak tao la bila akan pergi.

kebelakangan nih pun aku agak tension gak lah.memang tension tahap gaban.i mean start dari bulan 3 sampai sekarang,tension je memanjang.asyik nak marah orang je.tapi mood aku cepat berubah.berubah ubah dan selalu berubah kepada mood tension.tak tao la apasal.nak kata pasal SPM,lambat lagi.kalau nak start pun mungkin bulan 6/7 baroo la aku rasa agak tension.nih bulan 3 pun da agak tension.ape kehenya itu?haiya entah la.hidup ini penuh dengan pelbagai masalah.mungkin itu adalah punca mengapa aku tension.ok berbalik kepada tajuk,dibawah ini adalah sedikit maklumat mengenai tekanan darah tinggi.kalau anda mengidapnya,silalah dapatkan pemeriksaan secepat mungkin.jangan jadi macam daku.ngeh ngeh ngeh



Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

* Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
* Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi


Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

* Sebab yang tidak diketahui (90%)

* Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

* Cara hidup tidak aktif
* Umur melebihi 35 tahun
* Merokok
* Kegemukan
* Paras kolesterol tinggi
* Sejarah keluarga
* Pengambilan alkohol yang berlebihan
* Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

* Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
* Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
* Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
* Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?


Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

* Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
* Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

* Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

* Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
* Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

* tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
o Amalkan permakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman berkala
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

* Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
* Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi

* Amalkan gaya hidup sihat
* Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
* Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

* Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
* Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
* Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
* Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
* Kurangkan berat badan jika berlebihan
* Atasi tekanan secara berkesan
* Berhenti merokok
* Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
* Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
* Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

* Amalkan gaya hidup sihat
* Berhenti merokok
* Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
* Prevent and treat complications early
* Pengesanan komplikasi terutamanya :
o Jantung
o Ginjal
o Mata
* Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi



current listening:I Dont Want To Miss A Thing by Aerosmith

The ExtraOrdinary Story Ends At 4:27 PM