Saturday, December 27, 2008
hari aku yang tidak menentu.
ok hari ini hari terakhir aku hang out dengan dia sebelum dia berangkat ke PLKN esok.hang out dengan adik angkat dia yang merupakan macam dia gak la.dulu sunway punya sekolah then transfer teknik kat Klang.jumpa dia,terus adik dia ni nak dia jadi kakak angkat.tapi aku tengok,biasa je budaknya.cuma macam sopan gila la.lelaki.hurm...
haih.sedih la plak kan.yeala sape yang tak sedih.orang yang kita sayang pergi jauh dari kita.bukan sehari dua.tapi 3 bulan beb.its not a short time.dah la g kat negeri sembilan.hurm..
mungkin bagi korang yang baca,mesti ar cakap ala 3 bulan small metter je bro.takkan itu pun nak sedih.memang ar.korang tak mengalami ape yang aku alami.tak semua yang aku alami aku tulis kat blog aku.ade yang agak personal gak la yang aku memang tak tulis kat blog.
tapi tadi aku tak tahu ar asal aku senyap gila tadi.selalunya takde pun aku senyap gila.tah ar asal tadi senyap gila babeng.aku cuma jawab ape yang di tanya je,tak macam selalu,ade je tokok tambah,kenekan balik,gurau gurau dan sebagainya.
aku rasa aku agak pelik dengan diri aku sendiri hari ini.tadi kalau korang ade,mesti korang cakap aku ngah temankan diorang pergi date.sampai begitu sekali aku terasa.macam aku nih cuma nak teman diorang dating je.aku bukan sape pun.
sepanjang hari ini,aku asyik berfikir je,kenape lah aku diam sangat hari ini.dah la hari ini last day dia kat sini sebelum berangkat PLKN esok hari,tapi aku pula diam semacam.ape yang aku fikirkan pun aku tak tahu la.aku macam agak cemburu dengan keintiman mereka berdua.
yea aku tahu,mereka hanya adik dan kakak angkat,tapi aku tak tahu lah,mereka macam lebih serasi untuk bersama walaupun adik dia cuma muda setahun,tapi dia pandai berbicara.yealah sekolah pun sama,mesti la ade topic yang nak di bincangkan bersama.tak macam aku,sekolah da lain,nak cerita pun tak tao nak cerita sebab dia dah tak sekolah kat situ,dan tidak tahu ape yang berlaku kat sekolah lama dia.jadi kalau aku tanya pun,tak guna sebab dia tak tao ape-ape.
macam dia dengan adik angkat dia,tanya pape mesti tahu,sebab sekolah sama,jadi ade banyak topic berkaitan sekolah yang dapat mereka ungkapkan untuk berborak-borak.macam aku,aku cuma jalan ikut diorang,dengar diorang borak je.itu pun sekali dua je aku dengar.lepas itu aku pun macam tak nak ar dengar lagi sebab aku dengar pun tak guna sebab aku tak tao ape yang diorang ceritakan dan aku tak paham ape yang diorang borak.maklumlah lain sekolah.
aku rasa macam aku cuma kawan je dengan dia walaupun still together.aku tak tahu kenapa aku bertindak sedemikian rupa.aku memang agak cemburu dengan hubungan mereka berdua.dengan adik angkat dia,dia banyak gelak dan berkata-kata.dengan aku?cakap dengan gelak skit je time date.walaupun sehari suntuk aku date dengan dia.tapi?dengan adik angkat dia,tak sampai sehari suntuk pun,da banyak berborak dan gelak gelak.
aku jalan ikut diorang,aku perhati je mereka.aku tak tahu ape kene dengan diri aku hari ini.aku dah jadi macam cemburu buta.padahal aku dulu sendiri pernah cakap,dia nak ape ke itu hak dia,bukan hak aku untuk menghalang ape yang dia nak buat.tapi sekarang?aku macam tak ske dengan apa yang dia buat.aku tak ske tengok dia dengan adik angkat dia.aku tak tahu ape yang dah terjadi dengan diri aku.
yes,aku rasa macam aku terpinggir.aku mengaku.dari tadi aku berdiam diri je sampai dia nak balik,aku still berdiam diri.adik angkat dia macam segan plak ar dengan aku,yeala aku diam je,dia je yang banyak borak dengan awek aku.dia minta maaf ar sebelum bla dengan awek aku.aku pun takde hal ar,aku tak kisah.padahal dalam hati aku,aku rasa cam hati aku pedih sangat.awek aku date dengan orang lain,aku buat derk je.siap join teman diorang lagi.
aku tak tahu ape yang dah berlaku dengan diri aku.aku rasa cam terluka sangat.kalau boleh,aku tak nak join diorang tadi.tapi memandangkan adik angkat dia nak jumpa sangat aku,aku pun bersetuju untuk berjumpa dan mengikut mereka berjalan-jalan.aku tahu ini mesti akan terjadi.aku tahu aku pasti akan rasa terluka hari ini sejak dia ajak aku untuk berjumpa dengan adik angkat dia semalam lagi untuk berjumpa hari ini.
aku tahu ini semua akan terjadi.tapi aku fikir,aku dapat menghadapi semua ini seorang diri.tapi aku salah.diri aku tak sekuat yang aku fikirkan.aku rebah dengan ape yang aku lakukan.aku terluka dengan ape yang diri aku sendiri lakukan.aku menyesal bersetuju.aku tak patut berjumpa mereka hari ini.
kalau aku tak jumpa mereka hari ini sudah pasti aku takkan terluka dengan sebegini parah.aku tak tahu sama ada aku akan ade kekuatan lagi untuk berdiri.dia dah pergi untuk 3 bulan ketika esok menjelang tiba.aku tahu aku tak patut rasa begini.aku patut merestui ape yang dia buat.aku patut gembira bagi pihak dia sekiranya dia gembira.
tapi...aku rasa macam tak sedap hati bila dia akan pergi ke PLKN esok.aku terlalu bimbang sesuatu akan berlaku terhadap diri dia.yealah,dia tidak sesihat seperti yang korang lihat.dia ade penyakit asma.dia tak boleh terlalu aktif.aku risau asma dia menyerang secara tiba-tiba ketika membuat aktiviti.aku terlalu mengambil berat tentang dia.aku tak boleh nak lihat dia begitu.
kenapa aku tak dapat panggilan pertama?mengapa perlu ditakdirkan aku berpisah dengan dia selama 6 bulan kelak(3 bulan dia pergi,3 bulan aku pergi)?aku tahu,ini ada hikmah disebaliknya.aku..tak pasti..adakah kebaikkan disebalik apa yang berlaku?aku pasrah...
lantak korang ar nak kata aku ape.kalau korang ditempat aku,korang mesti akan buat ape yang aku buat.jadi jangan nak menilai aku jika tak tahu apa-apa.
argghh asal dengan aku hah????kenapa aku sedih sangat?kenape????kenape aku jadi macam ni?arghhh!!
Current listening:
tangisanku
The ExtraOrdinary Story Ends At 3:00 AM