Sunday, December 07, 2008
hurm...
aku kat sini tak tao la.aku rasa lain macam.rasa ape?aku tak pasti.yang aku pasti aku telah merasakan sesuatu yang buatkan aku untuk mula menyanyangi orang lain seperti dulu.
perubahan emosi aku berlaku dengan mendadak.kerana ape aku tak tahu.mungkin keadaan persekitaran aku atau mungkin kerana aku tidak mahu orang lain merasai ape yang aku telah merasai.aku mengerti perasaan seseorang apabila ditinggalkan,putus cinta,sedih atau tidak ingin meneruskan perjuangan yang masih panjang ini.
aku pernah melalui semua itu.semua itu membuatkan aku lebih tabah untuk menghadapi segala-gala ujian hidup.tambahan lagi,aku telah menamatkan pengajian aku di sekolah menengah.tanggungjawab aku telah semakin bertambah,lagi-lagi terhadap keluarga aku.nak harapkan abg-abg aku,semuanya hampeh.nak harapkan yang tua,still tak boleh nak berfikir lagi.nak harapkan yang kedua,asyik keluar bekerja siang malam lepak semua tu je la.jarang ade kat rumah.
aku menjadi peneman buat ibu bapa aku buat masa sekarang.aku pun pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya aku telah menamatkan pengajian,nak berkahwin,nak pindah rumah hidup bersama dengan pasangan aku,apa yang akan terjadi dengan parents aku?siapa yang nak menjaga parents aku?comferm la abg-abg aku time tu semua da move out dari rumah ni dan ade kehidupan sendiri.
entah lah.kadang-kadang hidup aku cuma sandiwara yang hanya berpura-pura untuk bergembira di depan mata-mata manusia yang hanya buatkan aku bersedih.aku pernah merasakan aku tidak pernah gembira dengan hidup aku.hidup aku asyik sedih je.aku hanya bersandiwara dengan hidup aku.aku tidak tahu siapakah yang betul betul boleh aku percayakan sekarang.aku dah tidak boleh hendak meletakkan harapan yang tinggi kepada sesiapa sahaja.
aku tidak mahu menambah luka atau kisah sedih dalam hidup aku.aku tidak mahu semua itu.apa yang aku harapkan cuma seseorang yang memahami diri aku.aku perlukan cahaya yang membawa aku untuk menghadapi dunia yang gelap ini.tapi sayangnya,aku tidak berani untuk meminta cahaya untuk menemani aku.aku telah mejadi seorang yang pendiam.aku dah jadi seorang yang hipokrit.aku dah jadi seorang yang ske menipu orang.aku dah jadi seorang yang teruk.dan aku juga telah menjadi seorang yang liar.
semua yang aku lalui mengajar aku untuk jadi begitu meskipun kadang-kadang ape yang aku buat aku rasakan agak menyesal kerana menjadi begitu.aku terlalu kesal dengan ape yang aku dah buat.aku tidak ingin menjadi begitu.itu bukan diri aku yang sebenarnya.aku cuma ingin bergembira.tapi semua itu tidak mengizinkan aku untuk mencapai tahap gembira yang aku inginkan.tapi aku tahu...itu semua adalah salah.itu bukan diri aku.aku...
current listening:
Ku ingin Kamu by Romance
The ExtraOrdinary Story Ends At 2:53 PM