Saturday, December 20, 2008


Pyramid lagi laaa

wooooohooooooo hari ini aku tak tido.memang layan lalok je la jalan.kul 2.30 petang aku gerak pergi pyramid.lepak jenjalan dengan amin,antz,husai dengan naz.memang agak cam sial gak ar ari nih.

keluar melepak je keje.kata jeee cari kerja.sial.hahaha.tapi merayap jee.lepak kat modes kat atas.tunggu bebudak antz[hardbass joker] shuppler punya group.tapi cam sial je.lama gila babeng nak tunggu.jadi kitorang pun ambik keputusan untuk berjalan dulu sementara tunggu mereka yang agak gampang tak tentu pasal.

jalan jalan pergi mcd beli air je.then g jasmine makan.aku tak makan coz aku kenyang agi ar time tu.amin makan roti canai,antz makan nasi lemak.aku duk belasah air je dengan sai dan naz.

then g la merayau satu pyramid.then dak dak antz bagi msg kata da sampai kat modes.kitorang pun pergi ar kat sana.tengok reramai budak shuppler kat sana open bunga.antz da terbakar da tengok bebudak kat sana bakar dia.aku tengok je ar dengan sai serta amin.naz da meleret g join sekali dengan antz shuffle.

then ade warga asing,mak cik,singaporean.cakap cakap dengan amin pasal shuffle nih tah ape tah bad culture semua.tapi dia tetap backup gak ar sebab anak dia pun join gak benda benda macam nih.nak kutuk tengok gak ar.hahaha.kitorang gelak je la dengan makcik tuu.

makcik tuu sebenarnya nak pergi lagoon jenjalan dengan anak dia,tapi mak makcik tu da tua,tak boleh nak jalan sangat.itu yang dia duduk kat modes tengok lagoon tuu.

makin lama makin dekat plak bebudak shuffle bangang tu dengan makcik.da lah mak mak cik tu tengah duduk bersila kat situ.diorang slamber bantai shuffle je kat situ.aku ingat kan nak sound ar bebudak kat situ,tapi aku tak buat sebab mak cik tu da nak gerak pindah kat tempat jauh skit dari bebudak shuffle tu.aku pun diam je laa.

then bebudak shuffle tu tukar titonic plak.aku dengan husai da terbakar da tengok titonic.lembut gak ar badan mamat tu.tapi aku tak bukak pun buat macam budak nerd je ar duduk kat tepi tu tengok sambil minum air.bak kata sai free show.

then ade sekumpulan lagi budak titonic datang.panggei budak shuffle yang buat titonic tu,tapi budak tu buat bodoh je tak layan.then budak titonic tu nak panas badan ar nari nari skit.dia nak bakar bebudak shuffle tu.biar kasi panas.tapi malangnya hujan turun sudeyh jadi tak dapat la dia nak bakar bebudak tu sebab semua da chow termasuk aku.

then aku bla g solat.lepas tuh g kat tepi kedai anakku nak call orang[public phone].then husai da gila kat sana.tah ape sal dia ambik kotak yang da patah,dia pergi baling kat besi atas tu.besi tu macam cangkuk ar tapi tak tajam pun.hujung dia ade benda putih.dia pergi baling kotak yang dah patah tu kat besi tu.bergegar benda tu.sial.sib baik tak runtuh.kitorang da sumpah serenah da si husai ni buat masalah je.

then amin tengah keluarkan sweater dia dari beg,si husai plak buat masalah lagi sekali.dia pergi jentik suiz kecemasan kat tepi tu.kaca dia retak,ada warna merah menyala terus berbunyi loceng kecemasan.sial gila perangai.kitorang pun lari ar g luar dengan kelam kabut.cam sial.air husai tertinggal kat situ.padan muka.buat masalah air dia sendiri tinggal kat situ.dah la ade camera,entah entah dia da tangkap da muka sai tu.bengong betul.masalah melanda je kalau dia ade.haiyaaa

then jenjalan lagi lepak lepak kat sebelah zero hour punya exit,tunggu si bebudak antz dengan antz datang.diorang hilang tah ke mana tah time kat ocean avenue.dia naik esculator ke tempat atas sekali,tempat hotel.kat situ ade cosplay punya performance.pastuh mana tah diorang hilang.sengal betul.then lepas itu kitorang refil air,kitorang pun bla dari pyramid sebab da pukul 8 lebih da.sebelum balik tu,kitorang solat dulu.

sampai umah aku da macam tak larat lagi ar nak tahan ngantuks.tapi still tahan lagi ngantuks ni.maybe ini hari yang kelima tak tido kot?tah ar tapi berturut-turut ar tak tido.tak kira hari plak.start dari ari isnin sampai ari sabtu.jadi?brapa?6 hariii laaaa.manyak power ooohh

nanti jadi burung hantu buat sementara.tak pun jadi panda ke?best ar gak kan? XD

current listening:Hands Down by Dashboard Confessional

The ExtraOrdinary Story Ends At 11:53 PM